
Kerajaan Negeri Selangor dan Negeri Pahang telah menandatangani Memorandum Persefahaman ( MoU ) dan Perjanjian Sempadan kedua-dua Negeri.
MoU dan Perjanjian Sempadan ini Ditandatangani oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di Concorde Hotel, Shah Alam.
Majlis turut Disaksikan oleh Yb Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Mohd Amin Bin Ahmad Ahya dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Bin Ismail.
Jarak keseluruhan jajaran sempadan Selangor - Pahang berjumlah 99.5 km dimana asas penentuansempadan Selangor - Pahang adalah berdasarkan kepada petukaran surat menyurat di antara Setiausaha Residen Selangor dan Setiausaha Residen Pahang di antaran pada tahun 1927 - 1929 dan Warta Kerajaan Pesekutuan No. 112 dan No. 3199 bertarikh 14 Januari 1911 dengan berasaskan kepada kedudukan legeh utama.
Jajaran Sempadan di antara Selangor - Pahang adalah bermula dari pertemuan sempadan Selangor / Pahang / Perak / Negeri Sembilan.
Dua Memorandum Persefahaman telah ditandatangani oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan YAB Menteri Besar Pahang sebelum ini dihadapan YB Setiausaha Kerajaan yang mewakili kerajaan negeri masing - masing pada 11 Julai 1994 di Awana Golg & Country Resort, Genting Highland bagi tujuan menerimapakai sempadan yang telah siap diukur oleh Jabatan Ukur Negara sepanjang 60.4 km ketika itu. Seterusnya penandaan dan penetapan sempadan Pahang - Selangor di dua kawasan iaitu kawasan A dari titik Genting Sempah Berjarak 22.6 km. Manakala kawasan B dari Bukit Fraser ke titik sempadan tiga Negeri Selangor - Pahang dan Perak berjarak 16.5 km yang membawa kepada jumlah jarak 39.1 km.
Kedua - dua Kerajaan Negeri komited didalam memastikan pemeteraian MoU dan Perjanjian Sempadan Negeri Selangor dan Negeri Pahang. MoUtesebut adalah tanda hubungan harmoni antara kerajaan Selangor dan Pahang yang bertanggungjawab menyelesaikan sebarang isu untuk kepentingan bersama.
Dalam majlis ini turut hadir bersama dalam majlis ini YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.




