MENU

Hampir 200 orang hadir bagi sama-sama memeriahkan kempen BentongWar bertempat di Taman Desa Damai pada 16 Oktober 2016.

Kempen ini adalah aktiviti gotong-royong yang akan dilakukan secara berterusan melalui kerjasama antara pelbagai pihak seperti JPP, JKKB, Jabatan Kesihatan, Alam Flora, SWCorp, Persatuan Kilang-Kilang Bentong, Maju Bentong, COMBi Bilut dan Majlis Perbandaran Bentong selaku penganjur utama kempen ini.

Kempen kali ini dimulakan dengan pendaftaran peserta diikuti dengan senamrobik. Beberapa sumbangan daripada YB. Dato' Sri Liow Tiong Lai turut disalurkan melalui wakilnya Encik Tan.

Syabas JPP Taman Desa Damai! Jumpa Kami Sukarelawan BentongWar di lokasi seterusnya.

Perangi Aedes, Hapuskan Denggi, Hapuskan Zika!

#bentongwar #perangiaedes