Bagi memberikan perkhidmatan awam yang berkesan, Majlis Perbandaran Bentong telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut:-
| Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa. | |
| Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa. | |
| Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Bentong. | |
| Menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis. | |
| Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi. | |
| Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong. | |
| Memberi perkhidmatan sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain. |




