MENU

Khidmat Masyarakat Dan Perbandaran

  1. Mengeluarkan lesen hiburan, perniagaan, iklan, penjaja dan gerai.
  2. Mengeluarkan permit bagi permit sementara, jualan bermusim, kakilima dan sepanduk.
  3. Memproses permohonan lesen baru, pembatalan lesen dan rayuan lesen.
  4. Mengeluarkan kad kesihatan dan kad pengendalian makanan.
  5. Menjalan kerja penggredan premis.
  6. Menjalankan kerja kawalan jentik-jentik nyamuk, semburan nyamuk dan kawalan lalat.
  7. Menjalankan pemeriksaan kebersihan tandas awam dan premis berlesen.

 

 

Penilaian dan Pengurusan Harta

  1. Menjalankan urusan penilaian harta am, harta kerajaan persekutuan/kerajaan negeri.
  2. Menjalankan urusan menilai bangunan tambahan.
  3. Menguruskan kadar sewaan harta.
  4. Menguruskan tuntutan cukai, pelarasan akaun cukai, pulangan balik cukai, sitaan harta alih dan aduan cukai.
  5. Menguruskan penyewaan tempat letak kereta.
  6. Menguruskan tawaran, tuntutan dan penamatan sewaan.
  7. Menguruskan tuntutan penggunaan air, elektrik bagi lampu awam dan bangunan serta caj pembentungan.

 

 

Kawalan Bangunan

  1. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bagi rumah sesebuah/projek perumahan, komersil/industri dan telekomunikasi.
  2. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bagi tambahan dan ubahsuai bangunan.
  3. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bagi permit bangunan sementara.
  4. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan bagi lanjutan tempoh validasi kelulusan.
  5. Memproses permohonan kelulusan sijil kelayakan menduduki bangunan.
  6. Memproses pemantauan perakuan siap dan pematuhan (CCC).

 

Undang-Undang dan Penguatkuasaan

  1. Menggubal undang-undang dan peraturan bagi memastikan aktiviti mengikut garis panduan dan kawalan perundangan mengikut bidang kuasa Majlis.
  2. Mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kawasan majlis mengikut peraturan dan undang-undang majlis.
  3. Menjalankan urusan penguatkuasaan pembinaan.
  4. Menjalankan urusan penguatkuasaan pelesenan tred perniagaan.
  5. Menjalankan urusan penguatkuasaan pengiklanan dan hiburan.
  6. Menjalankan urusan penguatkuasaan halangan dan kacau ganggu serta tempat letak kereta.
Kemaskini Terakhir: Khamis, 26 April 2018 - 10:26am