MENU

sumber image web

Kawasan Genting Highlands dengan ketinggian sehingga 6,000 kaki di atas paras laut telah menjadi tarikan antarabangsa dengan jumlah pengunjung pada tahun 2003 seramai 15.4 juta orang. Pengurusannya adalah di bawah Resorts World Berhad kecuali tanah-tanah bukan milik Genting Highlands Berhad. Jaraknya dari Bandaraya Kuala Lumpur hanya 50 km, memakan masa kurang dari 1 jam melalui jalan darat. Genting Highlands dikenali sebagai Kota Kegembiraan ‘Citiy Of Entertainment'. Ia menawarkan pelbagai tarikan alam semula jadi dan buatan manusia dengan menyediakan pelbagai permainan yang menghiburkan dan kemudahan untuk sesiapa sahaja berehat, bekerja dan bercuti. Kemudahan dan tempat hiburan yang disediakan adalah seperti berikut:

Penginapan

Di bawah pengurusan Resort World, terdapat enam buah hotel iaitu First World Hotel, Genting Hotel, Highlands Hotel, Resort Hotel, Theme Park Hotel, Ria Apartment dan Awana Hotels & Resorts. Di bawah pengurusan lain terdapat Genting View Resort, Hotel Seri Malaysia dan Genting Permai Resort.

Dewan Konvensyen/Seminar/Mesyuarat

Di samping dewan seminar / mesyuarat yang disediakan di hotel-hotel, terdapat sebuah dewan kovensyen yang terbesar di Asia yang boleh dipelbagaikan mengikut fungsi majlis yang boleh memuatkan sehingga 6,000. Dewan ini dipanggil Genting International Convention Centre (GICC) dan akan menjadi Genting International Showroom dan Pavillion Hall.

Hiburan

Sesuai dengan namanya ‘City of Entertainment'. Genting Highlands menawarkan lebih 500 jenis permainan untuk famili di Taman Temanya di samping hiburan lain di First World Hotel dan Genting Hotel menyediakan kemudahan panggung wayang (Cineplex). Membeli-belah First World Plaza ialah sebuah gedung perniagaan dengan enam tema gedung membeli-belah di dunia (theme areas) semuanya di bawah satu bumbung iaitu Times Square, Universal Walk, London, Venice, Champs Elyess dan Genting Walk.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 Februari 2018 - 2:16pm