MENU

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Bentong

(Keutamaan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang)

1. Pegawai Tadbir, Gred N41 (3 kekosongan)

2. Arkitek Landskap, Gred J41 (1 kekosongan)

3. Pegawai Kesihatan Persekitaran , Gred U41 (1 kekosongan)

4. Penolong Jurutera, Gred JA29 (6 kekosongan)

5. Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 (2 kekosongan)

6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 (7 kekosongan)

 

CARA-CARA MEMOHON

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong dengan bayaran RM1.05     ( termasuk 6% GST ) yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur atau dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my
  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan gambar asal berukuran 5 x 4 sm.  Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
  3. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.
  4. Tarikh tutup permohonan pada :  22 Disember 2017  
  5. Semua permohonan hendaklah di alamatkan kepada :

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Bentong,

Jalan Ketari,

28700 Bentong,

PAHANG DARUL MAKMUR              

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 Jun 2018 - 11:36am