MENU

Adalah dimaklumkan kepada semua warga Bentong. Ibu Pejabat POLIS Daerah Bentong ada menyediakan borang balik kampung disemua balai POLIS dalam Daerah Bentong. Tujuannya adalah bagi memudahkan pihak Polis semasa menjalankan rondaan mengenalpasti kediaman/ premis yang ditinggalkan sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri atau musin cuti umum/perayaan untuk mencegah kejadian curi berlaku.

Dapatkan borang BALIK KAMPUNG di sini.

Penghuni juga boleh menghubungi balai POLIS yang berdekatan bagi memaklumkan bahawa mereka akan meninggalkan kediaman dengan memberikan butir-butir maklumat seperti yang akan diminta oleh pegawai Polis bertugas.

Nombor telefon balai-balai POLIS Daerah Bentong :

Balai POLIS Bentong : 09-2222 222 sambungan 232
Balai POLIS Karak : 09-2311 222
Balai POLIS Telemong : 09-2399 222
Balai POLIS Manchis : 09-2450 522
Balai POLIS Bukit Tinggi : 09-2330 222
Balai POLIS Genting Highlands : 03-6101 2222
Balai POLIS Lurah Bilut : 09-2377 222
No. Tel Hotline : 09-2231 999
 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 8 November 2019 - 10:47am