MENU

BENTONG 30 Julai - Smart Safety Reflective Vest (SSRV) yang dihasilkan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) menjadi produk inovasi keselamatan pertama yang dihasilkan bagi mengatasi risiko keselamatan dalam kalangan pekerja di kawasan jalan raya.

Produk yang dihasilkan oleh enam warga MPB dengan nama kumpulan ‘ILoveMyJob’ itu memenangi anugerah emas pada Konvensyen Wilayah Team Excellence Wilayah Utara (RTex) 2018 pada 17 dan 18 Julai lalu.

Ketua kumpulan itu, Shahrul Nizam Malek berkata, produk berkenaan bertujuan menjaga keselamatan pekerja di laluan trafik akibat kenderaan yang terbabas dan lain-lain.

“Melalui inovasi ini, vas pekerja dilengkapi ‘buzzer’ dan lampu yang bertindak balas apabila kenderaan melanggar atau melepasi kon yang dipasang alat pengesan.

“Ia memberi pekerja berkenaan masa untuk bertindak melarikan diri atau mengelak daripada dirempuh kenderaan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-mpb-hasilkan-produk-keselamatan-pekerja-di-laluan-trafik-1.719140#ixzz5N59IIOPe 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 10 Ogos 2018 - 4:21pm