MENU

PROGRAM SUMBANGAN PAKAIAN HARI RAYA UNTUK KANAK - KANAK YANG MEMERLUKAN DARI PPDK CERIA BENTONG & SEK. KEB. BUKIT PIATU

Pada Isnin, 4 Jun 2018 bersamaan 19 Ramadan 1439H Bertempat Di Kedai pakaian Hj. Rahman, Bentong Prima.

"Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril AS menemui Baginda SAW. Jibril AS akan datang menemui Baginda SAW pada setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu Jibril AS mengajarkan al-Qur’an kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Baginda SAW bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
(Muttafaqun ‘Alayh, riwayat al-Bukhari, no. 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)

YH. Dato' YDP MPB Dan Wargakerja MPB Turut Sama Memberikan Bantuan & Sumbangan Kepada Murid-murid Yang Memerlukan Dari Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.

YH. Dato' YDP MPB Dan Wargakerja MPB Turut Sama Memberikan Bantuan & Sumbangan Kepada Anak-anak Rumah PPDK Ceria Bentong.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 10 Ogos 2018 - 4:21pm