MENU

Majlis Perbandaran Bentong menyahut seruan SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau 'Corruption-Free Pledge'.

Majlis yang berlangsung pada Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Perbendaharaan bertempat di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Bentong pada 29 Januari 2018.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah dipimpin sendiri oleh Yang Dipertua, YH. Dato’ Mohammad Shahid Bin Ismail diikuti oleh Ketua Jabatan dan Bahagian serta seluruh wargakerja Majlis Perbandaran Bentong.

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 12 Februari 2018 - 2:16pm