MENU

Hari Kesedaran Autisme Sedunia

YH Dato' Yang Dipertua, Dato' Hajah Aida Munira Binti Abdul Rafar Bersama-sama Wargakerja Majlis Perbandaran Bentong Menunjukkan Tanda Sokongan Dan Keprihatinan Terhadap Program Semarak Biru "Light It Blue" Pada 2 April Yang Lalu.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara. Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

#hidupberjasa #mpbentong #hariautismesedunia #lightitblue #semarakbiru

Kemaskini Terakhir: Selasa, 23 April 2019 - 4:20pm