MENU

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBADARAN BENTONG

Warga kerja Majlis Perbandaran Bentong dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mengurus dan mentadbir oraganisasi dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berjanji untuk:                                                                    

  1. Keputusan Bantahan Cukai Dikeluarkan Dalam Tempoh 1 Bulan Daripada Tarikh Sesi Mendengar Bantahan.
  2. Permohonan Pindahmilik (Borang I) Dan Penukaran Alamat Yang Lengkap Diproses Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja.
  3. Mengeluarkan Bil-Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama Pada Bulan Januari Dan Setengah Tahun Kedua Pada Bulan Julai.
  4. Bil-Bil Sewaan Dikeluarkan Dalam Minggu Pertama Setiap Bulan.
  5. Permohonan Pelan Lampu Jalan Diproses Dalam Masa Empat  Belas Hari Bekerja (14) Dengan Syarat Semua Dokumen Lengkap Dan Mematuhi Syarat.
  6. Kelulusan Bagi Permohonan Permit Menggali Jalan Akan Dikeluarkan Dalam Tempoh Masa Tujuh (7) Hari Bekerja Tertakluk Kepada Semua Syarat-Syarat Jabatan Dipatuhi.
  7. Mengeluarkan Kelulusan Pelan Penomboran Bangunan Dan Nama Jalan Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Bekerja Bermula Daripada Tarikh Terimaan Lengkap Daripada Bahagian OSC.
  8. Mengeluarkan Pengesahan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian  Dan Penyatuan Tanah Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Bermula Dari Tarikh Terimaan Permohonan Lengkap Daripada Pemohon.
  9. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Papan Iklan Luar Premis/Billboard Dan Papan Tanda Tunjuk Arah Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Bermula Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Dan Kebersihan, Majlis Perbandaran Bentong.
  10. Mengeluarkan Pelan Zoning Rancangan Tempatan Daerah Bentong Dalam Tempoh 1 jam Bermula Daripada Masa Permohonan Pelanggan Yang Lengkap Direkodkan.
  11. Mengeluarkan Keputusan Permit Kerja Kecil (Borang L) Dalam Tempoh 1 Hari.
  12. Mengeluarkan Keputusan Permit  Kerja Kecil (Pelan Setara) Dalam Tempoh 3 Hari.
  13. Lesen Tidak Berisiko 1 Hari
  14. Lesen Berisiko 30 Hari
  15. Lesen Hiburan 90 Hari Berkerja.
  16. Kelulusan Pelan Landskap Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Daripada Terimaan Permohonan  Lengkap
  17. Memastikan Keputusan Permohonan Latihan Industri Pelajar Dari Institusi Pendidikan Tinggi Dikeluarkan Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.
  18. Perjanjian Contract Standard 30 Hari
  19. Penswastaan 60 Hari
  20. Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) Mendaftarkan Nama Badan Dalam Masa Tiga Puluh (30) Hari Daripada Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Pertama.
  21. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Dari Tarikh Permohonan Lengkap Diterima.
  22. Pesanan  Kerajaan Dikeluarkan Dalam Masa 2 Hari Dengan Syarat Dokumen Lengkap Dan Mematuhi Syarat
  23. Menyediakan Proses Pembayaran (Dokumen Lengkap) Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh Terima Permohonan
  24. 1 Hari Maklumbalas Pengadu, 3 Hari Maklumbalas Awal, 7 Hari Maklumbalas Tindakan Dan 14 Hari Aduan Yang Rumit
  25. Mengeluarkan Surat Kelulusan dan Bil Sewaan Dewan/Peralatan  Dalam Tempoh 3 Hari Selepas Permohonan Diterima.
  26. Proses Permohonan Lengkap 3 Hari
  27. Mengangkat Permohonan Lengkap Ke JK Osc Dalam Tempoh 28 Hari
  28. Mengeluarkan Keputusan Mesyuarat Dalam Tempoh 3 Hari.

 

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 2 Disember 2020 - 1:14pm