MENU

Keluasan kawasan Majlis Daerah Bentong ketika penubuhannya adalah 42 batu persegi di mana 30.99 batu persegi adalah kawasan operasi penuh (bercukai) dan 10.0045 batu persegi adalah kawasan kawalan pembangunan

Kawasan operasi meliputi kawasan Bandar Bentong, Genting Highlands, Karak, Telemong, Manchis, Sg. Dua dan Bukit Tinggi. Manakala kawasan kawalan pula terdiri daripada kawasan Sg. Gapoi, Simpang Pelangai, Kg Shafie, Jambu Rias, Janda Baik dan Sg. Penjuring

Pejabat Majlis Daerah Bentong pada asalnya terletak di tingkat atas bangunan Pasar Bentong, dan kemudian berpindah ke bangunan sendiri di atas bekas tapak Rumah Rehat Bentong di Jalan Ketari

Mulai 1hb. Januari 2001, setelah 20 tahun penubuhannya, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bentong telah meningkat kepada 1,105 km persegi (426.542 batu persegi). Kawasan operasi baru adalah 867.69 km persegi (335.02 batu persegi). Anggaran penduduk dalam pentadbirannya melebihi 104,000 orang dan pendapatan sebanyak RM13.25 juta bagi tahun 2003

Pada 19hb. November 2003, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju menyokong cadangan menaik taraf Majlis Daerah Bentong kepada Majlis Perbandaran Bentong

Pada 16hb. Julai 2005, Majlis Daerah Bentong dengan rasminya diisytiharkan menjadi MAJLIS PERBANDARAN BENTONG

 

Bangunan MPB

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 22 Jun 2018 - 11:36am