Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu :
- Majlis Bandaran Bentong
- Majlis Tempatan Karak
- Majlis Tempatan Sg. Dua
- Majlis Tempatan Telemong
- Majlis Tempatan Manchis
- Majlis Tempatan Bukit Tinggi
- Kampung Shafie
- Kampung Simpang Pelangai
- Kampung Baru Sg. Gapoi
- Kampung Jambu Rias
- Kampung Benus
- Genting Sempah
- Kampung Janda Baik
- Kampung Baru Sg. Penjuring