MENU

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN BENTONG MENGIKUT JABATAN/BAHAGIAN TAHUN 2021

 

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

1Mengeluarkan Keputusan Bantahan Cukai Dalam Tempoh 14 Hari Daripada Tarikh Sesi Mendengar Bantahan.

2. Menyelesaikan Permohonan Pindahmilik (Borang I) Dan Penukaran Alamat Yang Lengkap Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja

3. Menyelesaikan Proses Permohonan Lengkap Pengesahan Cukai Taksiran Dalam Tempoh 3 Hari Bekerja.

4. Mengeluarkan Bil-Bil Cukai Taksiran Setengah Tahun Pertama Selewat-selewatnya 14 Haribulan Januari dan Setengah Tahun Kedua

    Pada 14 Hari bulan Julai.

5. Mengeluarkan Bil-Bil Sewaan Selewat-lewatnya 7 haribulan Setiap Bulan

6. Mengeluarkan Bil-Bil Tuntutan Petak Tempat Letak Kereta Khas Selewat-lewatnya 7 haribulan Setiap Bulan.

 

JABATAN KEJURUTERAAN

7. Menyelesaikan Proses Permohonan Pelan Lampu Jalan Dalam Masa Empat  Belas Hari Bekerja (14) Dengan Syarat Semua Dokumen

     Lengkap Dan Mematuhi Syarat.

8. Mengeluarkan Kelulusan Bagi Permohonan Permit Menggali Jalan Dalam Tempoh Masa Tujuh (7) Hari Bekerja Tertakluk

    Kepada Semua Syarat-Syarat Jabatan Dipatuhi.

 

JABATAN PERANCANGAN BANDAR

9.   Mengeluarkan Kelulusan Pelan Penomboran Bangunan Dan Nama Jalan Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Bekerja Bermula

       Daripada Tarikh Terimaan Lengkap Daripada Bahagian OSC.

10. Mengeluarkan Pengesahan Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian  Dan Penyatuan Tanah Dalam Tempoh Tujuh (7) Hari

       Bekerja Bermula Dari Tarikh Terimaan Permohonan Lengkap Daripada Pemohon.

11. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Papan Iklan Luar Premis/Billboard Dan Papan Tanda Tunjuk Arah Dalam

      Tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja Bermula Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan Dan Kebersihan,

      Majlis Perbandaran Bentong.

12. Mengeluarkan Pelan Zoning Rancangan Tempatan Daerah Bentong Dalam Tempoh 1 jam Bermula Daripada Masa

       Permohonan Pelanggan Yang Lengkap Direkodkan.

 

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

13. Mengeluarkan Keputusan Permit Kerja Kecil (Borang L) Dalam Tempoh 1 Hari.

14. Mengeluarkan Keputusan Permit  Kerja Kecil (Pelan Setara) Dalam Tempoh 3 Hari.

 

JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

15. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan/ Penjaja Tidak Berisiko Yang Telah Lengkap Dalam

      Tempoh Satu (1) Hari Bekerja.

16. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan/ Penjaja Berisiko Yang Telah Lengkap Dalam

       Tempoh Tiga Puluh (30) Hari Bekerja.

17. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Lesen Hiburan Yang Telah Lengkap Dalam Tempoh Sembilan Puluh (90) Hari Bekerja.

 

JABATAN LANDSKAP

18. Mengeluarkan Kelulusan Pelan Landskap Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Daripada Terimaan Permohonan  Lengkap

 

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

19. Mengeluarkan Keputusan Permohonan Latihan Industri Pelajar Dari Institusi Pendidikan Tinggi Dikeluarkan

       Dalam Tempoh 7 Hari Bekerja.

 

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

20. Menyelesaikan Semakan Draf Perjanjian Dalam Tempoh Empat belas (14) Hari.

21. Menyelesaikan Semakan Draf Perjanjian Pengswastaan Dalam Tempoh Tiga Puluh (30)    Hari.

 

BAHAGIAN COB

22. Mengeluarkan Kelulusan Permohonan Mendaftar Nama Badan Dari Badan Pengurusan Bersama

      (Joint Management Body) Dalam Masa 14 Hari.

23. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama Dalam Tempoh Empat Belas (14) Hari Bekerja Dari

      Tarikh Permohonan Lengkap Diterima.

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

24. Mengeluarkan Pesanan  Kerajaan Dalam Masa 2 Hari Dengan Syarat Dokumen Lengkap Dan Mematuhi Syarat.

25. Menyelesaikan Pembayaran Bil Dalam Tempoh Sepuluh (10) Hari Dari Tarikh Terima Permohonan Yang Lengkap.

 

JABATAN PERKHIDMATAN MASYARAKAT

26. Mengeluarkan Maklumbalas Penerimaan Aduan Dalam Tempoh Satu(1) Hari Bekerja

27. Mengeluarkan Surat Kelulusan dan Bil Sewaan Dewan/Peralatan  Dalam Tempoh Tiga (3)

       Hari Bekerja Selepas Permohonan Diterima.

 

BAHAGIAN OSC

28. Permohonan Cadangan Pemajuan Yang Lengkap Dalam Tempoh 3 Hari.

29. Permohonan Cadangan Pemajuan Yang Lengkap Ke Jawatankuasa Pusat Setempat  (OSC) Dalam Tempoh 28 Hari.

30. Mengeluarkan Keputusan Mesyuarat Kepada Pemohon Dalam Tempoh 3 Hari.

 

Last Updated: Monday, 14 June 2021 - 12:03pm